Selasa, 17 Januari 2017

KEEUJUDAN HUBUNGAN SEMANTIK, LEKSIKAL, GRAMATIKAL, DAN FONOLOGIS ANTARA BAHAGIAN WACANA



Keutuhan Semantik
Hubungan ini dapat dilihat dari dua segi iaitu :
       a.  Hubungan semantik di antara   bahagian-bahagian wacana.
       b.  Hubungan semantik yang dilihat dari segi konteks atau latar wacana.
a.     Hubungan semantik di antara  bahagian-bahagian wacana
i.            Hubungan Sebab dan Akibat .
      Contoh :
   Amir tidak bersungguh-sungguh semasa   belajar. Dia gagal dalam peperiksaan.
   Dia sangat mengantuk. Dia tertidur.
ii.            Hubungan Sebab Dan Tujuan.
      Contoh :
 Nabila sangat rajin belajar. Dia ingin berjaya dalam pelajaran.
 Murid ini rajin.  Ia mahukan kejayaan yang cemerlang.
iii.            Hubungan Sebab Dan Hasil     
      Contoh :
Aisyah sangat rajin belajar. Dia lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah.
Dia seorang pekerja yang amat rajin bekerja. Pendapatannya melebihi pendapatan seorang menteri.
iv.            Hubungan latar dan kesimpulan     
Contoh :
Lagu itu sungguh enak didengar. Sebenarnya M.Nasir yang menciptanya.
b.     Hubungan semantik dari segi konteks atau latar wacana
i.            Kesatuan tajuk atau topik    
      Contoh :
Wajahnya berseri-seri. Dia amat gembira sekarang. Perubahannya sungguh-sungguh di luar dugaan. (Orang  yang dimaksudkan itu dahulunya muram dan sering bersedih.)

ii.            Hubungan Sosial Antara Penutur Dan Pendengar. Contoh :
     A. Sudah siap?
     B. Belum. Bekalan tidak mencukupi.
         (Kedua-dua penutur memahami apa yang dimaksudkan walaupun orang lain mungkin tidak memahaminya)
iii.            Laras Bahasa yang bersesuaian.
      Contoh:
Laras bahasa dalam iklan.
Walaupun ayat-ayatnya diucapkan secara terputus-putus tetapi kita dapat memahaminya dan dapat menganggapnya sebagai wacana kerana itu adalah cara penyampaiannya.
Keutuhan Fonologi
§  Hubungan dari aspek keutuhan fonologi boleh dilihat daripada segi hentian suara, nada suara, dan intonasi suara.
§   Intonasi dapat menimbulkan hubungan semantik di antara bahagian  wacana.
§  Intonasi berperanan penting sebagai penanda dan pemisah frasa dan pembeza struktur ayat, contohnya seperti ayat di bawah:
       1.  Malaysia negara yang aman.
            a. Negara yang  aman, Malaysia (ayat penyata)
            b. Aman negara Malaysia? (ayat tanya)
§  Hubungan wacana dari aspek fonologi berdasarkan hentian, intonasi atau nada suara. Unsur-unsur tersebut dapat membezakan sesuatu wacana.
Contohnya hubungan antara ayat penyata,
“ Dia sudah pergi ? ”
“Dia sudah pergi”
Perbezaan antara kedua-duanya wujud melalui nada suara semasa penutur  menuturkannya.
§  Unsur-unsur para linguistik juga membantu pemahaman tentang sesuatu wacana.
§  Dalam wacana tulisan, unsur-unsur para linguistik ini ialah alat-alat yang digunakan untuk memperjelaskan persembahan wacana.
§  Dalam wacana tulisan, alat-alat tersebut ialah tanda baca seperti noktah, koma, tanda soal, titik bertindih dan sebagainya.
§  Dalam wacana lisan pula, ekspresi wajah , iaitu keadaan air muka serta gerakan tangan dan badan merupakan alat-alat untuk membantu memahami ujaran.
Keutuhan Leksikal
Berdasarkan pemilihan dan penggunaan perkataan yang sesuai dengan makna yang ingin disampaikan
a.     Antonim
    Contoh
Pemuda harapan bangsa. Pemudi tiang Negara
b. Sinonim
  Contoh
  Ali seorang yang rajin. Kegigihannya belajar membolehkan dia melanjutkan pelajaran ke universiti
c. Hiponim
Kata yang maknanya terangkum dalam makna kata lain.
 Contoh,
Dia menanam pokok melur, cempaka, bunga raya dan bunga kertas di halaman rumahnya. Jadi halaman rumahnya nampak indah dengan pokok-pokok bunga tersebut.
d. Homonim
 Kata yang bunyinya sama,  tetapi mempunyai erti  yang berlainan
 Contoh
Bukit yang aku daki sebentar tadi sangat tinggi . Aku  berasa letih kerana mengeluarkan banyak peluh sehingga badan ku dipenuhi daki
e. Pengulangan kata yang sama
 Contoh : 
 Aminah memang mudah menangis . Disebabkan perkara kecil pun dia menangis. Semasa gembira pun dia menangis .
f. Kolokasi
Dua perkataan atau lebih yang masing-masing merupakan perkataan tersendiri , tetapi kebiasaannya dikaitkan antara satu sama lain. Contoh :
Pembalakan haram itu menggugat habitat flora dan fauna. Banyak haiwan liar seperti harimau, gajah, badak sumbu, dan lain-lain kehilangan tempat tinggal.
g. Unsur bersambut
Contoh :
Pihak kerajaan mengemukakan hujah manakala pihak pembangkang membidas hujah tersebut.
Keutuhan Gramatikal
Wacana berkualiti mesti memperlihatkan hubungan berdasarkan binaan tatabahasa dapat dilihat daripada penggunaan penanda gramatis seperti:
a. kata hubung: menghubungkan di antara ayat dengan ayat atau perenggan dengan perenggan yang lain.
i.berfungsi sebagai penghuraian: seterusnya, selain itu, pada sudut yang lain, sebaliknya dan lain-lain.
ii.berfungsi sebagai pengembangan idea: seperti, dan, tetapi, oleh itu, kerana, dengan dan lain-lain
iii.berfungsi sebagai penambahan: sebelum, selepas, kemudian, berikutnya, pada masa, ketika itu dan lain-lain
b.     Kata rujukan
Kata yang boleh menggantikan sesuatu, sama ada benda atau manusia.
i.            kata ganti nama : saya, dia, mereka, kami, kita, itu, ini,  siapa dan lain-lain
c. Peleburan dan penggantian
Untuk mengelakkan pengulangan   terhadap sesuatu maklumat daripada    penyataan yang diberikan.
 Contoh:
Ali menendang bola dengan laju, manakala Hasan menendang dengan perlahan.