Keutuhan Semantik
Hubungan ini dapat dilihat dari dua segi iaitu :
a. Hubungan semantik di antara bahagian-bahagian wacana.
b. Hubungan semantik yang dilihat dari segi
konteks atau latar wacana.
a.
Hubungan semantik di antara bahagian-bahagian wacana
i.
Hubungan Sebab dan Akibat .
Contoh :
Amir tidak bersungguh-sungguh semasa belajar. Dia gagal dalam peperiksaan.
Dia sangat mengantuk. Dia tertidur.
ii.
Hubungan Sebab Dan Tujuan.
Contoh :
Nabila sangat rajin belajar. Dia ingin berjaya
dalam pelajaran.
Murid ini rajin. Ia mahukan kejayaan yang cemerlang.
iii.
Hubungan Sebab Dan Hasil
Contoh :
Aisyah sangat
rajin belajar. Dia lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah
Rendah.
Dia seorang
pekerja yang amat rajin bekerja. Pendapatannya melebihi pendapatan seorang
menteri.
iv.
Hubungan latar dan kesimpulan
Contoh :
Lagu itu sungguh
enak didengar. Sebenarnya M.Nasir yang menciptanya.
b.
Hubungan semantik dari segi konteks atau latar wacana
i.
Kesatuan tajuk atau topik
Contoh :
Wajahnya
berseri-seri. Dia amat gembira sekarang. Perubahannya sungguh-sungguh di luar
dugaan. (Orang yang dimaksudkan itu
dahulunya muram dan sering bersedih.)
ii.
Hubungan Sosial Antara Penutur Dan Pendengar. Contoh :
A. Sudah siap?
B. Belum. Bekalan tidak mencukupi.
(Kedua-dua penutur memahami apa yang
dimaksudkan walaupun orang lain mungkin tidak memahaminya)
iii.
Laras Bahasa yang bersesuaian.
Contoh:
Laras bahasa
dalam iklan.
Walaupun
ayat-ayatnya diucapkan secara terputus-putus tetapi kita dapat memahaminya dan
dapat menganggapnya sebagai wacana kerana itu adalah cara penyampaiannya.
Keutuhan Fonologi
§ Hubungan dari
aspek keutuhan fonologi boleh dilihat daripada segi hentian suara, nada
suara, dan intonasi suara.
§ Intonasi dapat menimbulkan hubungan semantik di antara
bahagian wacana.
§ Intonasi
berperanan penting sebagai penanda dan pemisah frasa dan pembeza struktur ayat,
contohnya seperti ayat di bawah:
1.
Malaysia negara yang aman.
a. Negara yang aman, Malaysia (ayat penyata)
b. Aman negara Malaysia? (ayat
tanya)
§ Hubungan wacana
dari aspek fonologi berdasarkan hentian, intonasi atau nada suara. Unsur-unsur
tersebut dapat membezakan sesuatu wacana.
Contohnya
hubungan antara ayat penyata,
“ Dia sudah
pergi ? ”
“Dia sudah pergi”
Perbezaan antara
kedua-duanya wujud melalui nada suara semasa penutur menuturkannya.
§ Unsur-unsur para
linguistik juga membantu pemahaman tentang sesuatu wacana.
§ Dalam wacana
tulisan, unsur-unsur para linguistik ini ialah alat-alat yang digunakan untuk
memperjelaskan persembahan wacana.
§ Dalam wacana
tulisan, alat-alat tersebut ialah tanda baca seperti noktah, koma, tanda soal,
titik bertindih dan sebagainya.
§ Dalam wacana
lisan pula, ekspresi wajah , iaitu keadaan air muka serta gerakan tangan dan
badan merupakan alat-alat untuk membantu memahami ujaran.
Keutuhan Leksikal
Berdasarkan
pemilihan dan penggunaan perkataan yang sesuai dengan makna yang ingin
disampaikan
a.
Antonim
Contoh
Pemuda harapan bangsa. Pemudi tiang Negara
b. Sinonim
Contoh
Ali seorang yang rajin.
Kegigihannya belajar membolehkan dia melanjutkan pelajaran ke universiti
c. Hiponim
Kata yang maknanya
terangkum dalam makna kata lain.
Contoh,
Dia menanam pokok melur, cempaka, bunga raya dan bunga kertas di halaman
rumahnya. Jadi halaman rumahnya nampak indah dengan pokok-pokok bunga tersebut.
d. Homonim
Kata
yang bunyinya sama, tetapi mempunyai
erti yang berlainan
Contoh
Bukit yang aku daki sebentar tadi sangat tinggi . Aku berasa letih kerana mengeluarkan banyak peluh
sehingga badan ku dipenuhi daki
e. Pengulangan kata yang sama
Contoh :
Aminah memang mudah menangis .
Disebabkan perkara kecil pun dia menangis. Semasa gembira pun dia menangis .
f. Kolokasi
Dua perkataan
atau lebih yang masing-masing merupakan perkataan tersendiri , tetapi
kebiasaannya dikaitkan antara satu sama lain. Contoh :
Pembalakan haram itu menggugat habitat flora dan fauna. Banyak haiwan
liar seperti harimau, gajah, badak sumbu, dan lain-lain kehilangan tempat
tinggal.
g. Unsur
bersambut
Contoh :
Pihak kerajaan mengemukakan hujah
manakala pihak pembangkang membidas hujah tersebut.
Keutuhan Gramatikal
Wacana
berkualiti mesti memperlihatkan hubungan berdasarkan binaan tatabahasa dapat
dilihat daripada penggunaan penanda gramatis seperti:
a. kata hubung:
menghubungkan di antara ayat dengan ayat atau perenggan dengan perenggan
yang lain.
i.berfungsi sebagai penghuraian: seterusnya, selain itu,
pada sudut yang lain, sebaliknya dan lain-lain.
ii.berfungsi sebagai pengembangan idea: seperti, dan,
tetapi, oleh itu, kerana, dengan dan lain-lainiii.berfungsi sebagai penambahan: sebelum, selepas, kemudian, berikutnya, pada masa, ketika itu dan lain-lain
b.
Kata rujukan
Kata yang boleh menggantikan sesuatu, sama ada benda atau manusia.
i.
kata ganti nama : saya, dia, mereka, kami, kita, itu,
ini, siapa dan lain-lain
c. Peleburan dan
penggantian
Untuk
mengelakkan pengulangan terhadap
sesuatu maklumat daripada
penyataan yang diberikan.
Contoh:
Ali menendang bola dengan laju, manakala Hasan menendang dengan
perlahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan